Daisypath Friendship tickers

Friday, August 3, 2012

Wanita,Minyak Wangi Dan Masjid



Assalamualaikum :) haaaa,ape khabar semua? Semoga dalam keadaan sihat2 belaka insyaAllah.Okay,hari ni nak kongsi satu pesanan Rasulullah SAW kepada kita.
Hari tu,ade dgr satu ceramah nie.Ust tu bagitau bhw Nabi Muhammad SAW melarang (mengharamkan) kaum wanita drpd memakai minyak wangi a.k.a perfume ketika melangkah kaki ke masjid or surau or musolla or tempat2 yg sewaktu dengannye.Ini kerana kemungkinan besar akan mengundang fitnah dan mengundang dosa.So,taatlah pesanan Baginda.Elok2 nak buat pahala,rupa-rupanya kumpul dosa sekali.Na'uzubillahiminzalik.So,semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah untuk melakukan amal kebaikan lebih2 lagi di bulan Ramadhan yg mulia nih.
Haa,nak kongsi satu bende lagi pasal 10 golongan yang solatnya tidak diterima Allah SWT:
1-Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2-Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3-Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4-Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya
5-Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibubapanya.
6-Orang perempuan yang suaminya marah menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7-Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8-ORANG PEREMPUAN YANG TIDAK MENUTUP AURATNYA
9-Orang yang suka makan riba.
10-Orang yang solatnya tidak dapat  menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

 So,renung2-renungkanlah.Adakah kite tergolong antara 10 di atas? Mudah-mudahan kite dilindungi oleh Allah dr 10 golongan ini.Amiiiin.So,itu sahaja yang nak diperkatakan kali ini.Jumpe lagi di post yg akan datang.Assalamualaikum :)

Credits to blogtokwan

No comments:

Post a Comment